>

Wednesday, October 12, 2011

Buat pemilik sebelah hatiku

Buat pemilik sebelah hatiku...
Ditakdirkan kita bertemu suatu hari nanti,
Aku berdoa agar pertemuan itu tidak menjadi fitnah buat kita,
Agar pertemuan itu menjadi tidak sia-sia,
Dan agar pertemuan itu sentiasa berada dalam rahmat dan redha ILAHI...

Buat pemilik sebelah hatiku...
Andai sudah tersurat dikaulah jodohku,
Aku pohon agar hubungan itu bermula dengan restu,
Agar hubungan itu berlandaskan Al-quran dan As-Sunnah,
Kerana aku faham, mengerti dan yakin permulaan yang baik,
InsyaAllah pengakhirannya juga pasti begitu...

Buat pemilik sebelah hatiku...
Sesudah ijab dan kabul terlafaz nanti,
Aku pinta padamu,
Didiklah aku, bimbinglah dan pimpinlah aku 
Ke jalan syurga dunia juga syurga yang hakiki,
Kerana aku tidak sanggup untuk menarikmu ke neraka...

Akhir sekali...
Buat pemilik sebelah hatiku...
Aku sedar diri ini bukanlah seagung Saidatina Khadijah,
Tidaklah secantik ratu Balqis dan Zulaikha,
Mahupun semulia Saidatina Fatimah,

Namun....
Aku pinta terimalah baiknya aku,
Buruknya aku, kuatnya aku, lemahnya aku, seadanya aku...
Tempatkanlah aku di sudut paling istimewa dihatimu...
Semoga kasih kita sentiasa mekar sepanjang zaman.. 

Luv,

0 orang sok-sek: