>

Monday, December 19, 2011

Resolusi tahun yang baru

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya kurang dari 2 minggu lagi..bagai mimpi sahaja 2011 baru menyapa..kini sudah mahu ucapkan selamat tinggal pula..tahun yang baru..bermakna umur yang baru...harap-harap diri pun dapat diperbaiki menjadi seorang yang baru...2011 membawa macam-macam kenangan...baik gembira..baik sedih...baik berliku...alhamdulillah dapat ditempuhi dengan tenang...apa yang pasti segalanya harus dapat dijadikan sebagai guru yang paling layak untuk mengajar tentang erti sebuah kehidupan...

Kedatangan 2012 diharap dapat menambahkan lagi kematangan diri agar seiring dengan penambahan usia...seperti sebuah lakonan di atas pentas...watak yang diberi dan dipertanggungjawabkan mahu dicernakan sebaik mungkin supaya masa hadapan akan lebih bermakna...janji pada diri ini apa sahaja ujian mahupun kesenangan yang akan datang dapat mematangkan lagi pemikiran serta mendidik diri untuk menjadi seorang yang pandai bersyukur dan berterima kasih...

Jujurnya...diri ini sering berusaha dan memikirkan caranya mahu memperbaiki diri..walaupun kadang diri terlupa hanyut bersama hasutan-hasutan iblis...banyak lagi perkara yang ingin dilunaskan masih lagi terbengkalai...harapan pada 2012 nanti akan ada graf peningkatan dalam hidup...antara peningkatan yang mahu dilakukan :

1) berusaha mendidik diri agar sentiasa positif, hati sentiasa seiring dengan akal
2) berusaha mengurangkan berkata-kata tentang dunia..tentang manusia..dan tentang perkara-perkara lagha
3) berusaha untuk memendam perasaan agar manusia sekeliling sentiasa gembira 
4) berusaha untuk tidak bergantung kepada manusia..hanya DIA sahaja yang layak
5) berusaha untuk menambahkan bekalan ukhrawi yang hakiki
6) berusaha menapiskan kata-kata sebelum meluahkan agar tiada yang tersinggung
7) berusaha menginfakkan segala yang mampu untuk kesejahteraan
8) berusaha untuk menyembunyikan emosi di sebalik wajah..
9) berusaha belajar menjadi pendengar yang baik dan menghormati pandangan org lain
10) berusaha untuk mempersiapkan diri sebagai seorang suri yang diredhai ILAHI dan disayangi oleh sang suami..=)


rasa-rasa 10 ni pun dah cukup banyak kan..hee..harap-harap semua ini dapat dilunaskan tanpa kompromi..


p/s : manusia yang untung adalah manusia yang hari ininya lebih baik dari semalam dan hari esoknya lebih baik dari hari ini...

Luv,

0 orang sok-sek: