>

Thursday, December 15, 2011

Urusan jodoh..

November lalu genap umurku suku abad..sekejapan rasanya masa berlalu..terlalu cepat...dan...soalan-soalan yang biasa kedengaran ketika ini..apa lagi kalau bukan pasal jodoh....secara beraninya aku nyatakan...haha beraninya yer...aku masih belum dipunyai ataupun dicop..atau bahasa mudahnya tiada steady 'special' boyfriend...dikala sahabat-sahabat sedang sibuk ke hulu ke hilir...bersama pasangan masing-masing..aku masih dan tetap bersendiri...

Tipulah andai aku kata aku tidak sunyi...tipulah andai aku kata tidak risau...tipu sangat-sangat okay...tiada teman untuk berbicara...tiada teman meluah rasa...tiada teman pemberi motivasi....memang sangat-sangat terasa...namun bagi aku..sekarang bukan masanya aku hendak bermain-main..hendak mencuba-cuba..atau bahasa mudahnya mematahkan hati seorang lelaki setelah membenarkan dia menyulam harapan padaku...biarlah orang kata hati aku hati kering..biarlah orang kata aku bersifat kejam...aku lebih rela berterus terang andai aku pasti tidak dapat membalas harapannya itu...yer memang sakit ditolak..sebab aku pernah merasa...tapi lebih sakit lagi andai ditolak setelah harapan seolah-olah tersemai kan??

Aku pernah rasa kedua-dua perasaan itu...yang kedua memang amat menyakitkan...yang mana aku pun tidak pasti luka itu sudah sembuh atau belum...jadinya aku memang tidak mahu langsung perasaan bersalah..perasaan sakit hati itu wujud...bukan tiada yang mahu dekat..memang ada..tapi aku bagi masa utk aku dan yang terbabit paling lama satu bulan...jika memang tiada chemistry..aku terus terang dan minta ampun  maaf sungguh-sungguh..aku seboleh-bolehnya tidak mahu ulangi masa silam...past was past..memang banyak mengajar aku erti sebuah percintaan...erti sebuah harapan yang tidak kesampaian...

Jujur aku katakan...bukan perasaan itu tertutup habis..namun masih banyak lagi perkara utama yang belum selesai...biarlah selesai dahulu perkara-perkara yang patut diselesaikan..insyaAllah urusan jodoh itu akan tiba dengan mudah...memang sudah niatku dari awal agar bab hati dan perasaan tidak menggugat perjalanan aku mengenggam sebuah ijazah..alhamdulillah diperkenankan...sementelah aku mulakan perjalanan ijazah ini dengan ujiaan yang berat..biarlah ia berakhir dengan kemanisan...suka aku memetik kata-kata dari blog seorang sahabat :

"Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan pasti kesabaran itu akan dibayar dengan balasan yang setimpal.. Jadi bersabarlah dalam penantian menunggu takdir yang ditetapkan"

"Jodoh kita Allah holdkan dulu sama ada dalam bentuk kekangan kewangan, adat, ibu bapa dan macam-macam lagi mungkin kerana banyak lagi perkara tentang diri kita yang perlu dibaiki"

"Jodoh yang belum sampai bukan bermaksud Allah nak biarkan kita sendiri tetapi Allah nak kita bina cinta dan kukuhkan cinta kita terhadap Allah dahulu"

"Jodoh mungkin juga belum sampai sebab jodoh kita tu baik orangnya tetapi kita ni masih belum sampai ke tahap yang baik itu.. Jadi sebab itulah kita kena perbaiki diri agar kita juga akan sampai ke tahap yang baik itu agar jodoh kita dicepatkan"

"Jodoh yang belum sampai juga adalah satu tanda kepada kita bahawa kita masih ada peluang untuk bebakti kepada ibu bapa kita sebaik-baiknya"




kata-kata dan nasihat-nasihat di atas memang aku jadikan panduan dan pegangan agar hati dan niat aku tidak tersasar selain daripada mendapat redha ILAHI...sentiasa dalam butiran doaku agar aku dipertemukan dengan lelaki yang dapat membawaku mengenali PENCIPTA dengan lebih dalam lagi...dipertemukan dengan lelaki yang dapat menambahkan rasa kasih dan sayang terhadap RASULNYA...dan dipertemukan dengan lelaki yang dapat bersama-sama memimpin tanganku berjalan menuju SYURGA yang hakiki...insyaAllah...=)

"Cinta tidak semestinya memiliki..cinta dan memiliki itu tuah..dan cinta yang hakiki hanyalah pada ILAHI..."

p/s : letih untuk fikirkan kesakitan akibat harapan cinta yang tidak kesampaian

Luv,

0 orang sok-sek: